Bagi pemilik restoran adik-beradik McDonald mereka memulakan francaisnya, dengan Neil Fox merupakan pembeli francaisnya yang sulung. Yang kedua dibuka di Phoenix, Arizona. Ia merupakan restoran pertama untuk menonjolkan reka bentuk Lengkung Emas dan kemudiannya pada tahun yang sama, restoran yang asal dibina semula mengikut gaya ini.
Rekabentuk "Lengkung Emas"
Di dalam menggunakan peluang dan menghadapi saingan, McDonald mempunyai kekuatan tersendiri untuk mencapai kadar keuntungan yang tinggi. Kekuatan dalaman yang ada dimiliki oleh McDonald seperti kualiti barangannya yang terjamin, latihan melalui Universiti Burger yang dimilikinya, harga rendah dengan barangan yang berkualiti, makanan dengan citarasa keluarga, jenama kekal seluruh dunia dengan konsep restoran yang seragam, memelihara makanan tradisi dan mudah mendapat bahan mentah merupakan cara McDonalds mengekalkan kejayaan dari semasa ke semasa.
Seorang usahawan, Ray Kroc terpesona apabila membuat lawatan di restoran McDonald's, apabila beliau mendapati keupayaannya yang luar biasa selepas melihat operasi restoran itu, Kroc bertemu dengan adik-beradik McDonald, dan mencadangkan supaya membenarkannya membeli francais restoran McDonald diluar pangkalan syarikat dengan sendiri sebagai pembeli francais yang pertama. Kroc bekerja bersungguh-sungguh untuk menjual McDonald's.
Kejayaan McDonalds merupakan suatu inisiatif disiplin yang berpanjangan dimana adik-beradik McDonalds amat menekankn 3 elemen penting dalam perniagaan mereka. Antara elemen itu merupakan :
- Kebersihan
- Kepantasan
- Kegembiraan
Setelah Ray Kroc mengambil alih dengan membeli jenama McDonalds ini, elemen penting itu trus dikekalkan. Ray Kroc membeli syarikat dari adik-beradik itu dengan harga AS$2.7 juta. Dengan masih mengekalkan jualan asal iaitu Hamburger, jejari kentang dan minuman ringan, Ray Kroc telah memperolehi kejayaan demi kejayaan.
No comments:
Post a Comment