Saturday, 26 November 2011
Kejayaan
Bagi pemilik restoran adik-beradik McDonald mereka memulakan francaisnya, dengan Neil Fox merupakan pembeli francaisnya yang sulung. Yang kedua dibuka di Phoenix, Arizona. Ia merupakan restoran pertama untuk menonjolkan reka bentuk Lengkung Emas dan kemudiannya pada tahun yang sama, restoran yang asal dibina semula mengikut gaya ini.
Rekabentuk "Lengkung Emas"
Di dalam menggunakan peluang dan menghadapi saingan, McDonald mempunyai kekuatan tersendiri untuk mencapai kadar keuntungan yang tinggi. Kekuatan dalaman yang ada dimiliki oleh McDonald seperti kualiti barangannya yang terjamin, latihan melalui Universiti Burger yang dimilikinya, harga rendah dengan barangan yang berkualiti, makanan dengan citarasa keluarga, jenama kekal seluruh dunia dengan konsep restoran yang seragam, memelihara makanan tradisi dan mudah mendapat bahan mentah merupakan cara McDonalds mengekalkan kejayaan dari semasa ke semasa.
Seorang usahawan, Ray Kroc terpesona apabila membuat lawatan di restoran McDonald's, apabila beliau mendapati keupayaannya yang luar biasa selepas melihat operasi restoran itu, Kroc bertemu dengan adik-beradik McDonald, dan mencadangkan supaya membenarkannya membeli francais restoran McDonald diluar pangkalan syarikat dengan sendiri sebagai pembeli francais yang pertama. Kroc bekerja bersungguh-sungguh untuk menjual McDonald's.
Kejayaan McDonalds merupakan suatu inisiatif disiplin yang berpanjangan dimana adik-beradik McDonalds amat menekankn 3 elemen penting dalam perniagaan mereka. Antara elemen itu merupakan :
- Kebersihan
- Kepantasan
- Kegembiraan
Setelah Ray Kroc mengambil alih dengan membeli jenama McDonalds ini, elemen penting itu trus dikekalkan. Ray Kroc membeli syarikat dari adik-beradik itu dengan harga AS$2.7 juta. Dengan masih mengekalkan jualan asal iaitu Hamburger, jejari kentang dan minuman ringan, Ray Kroc telah memperolehi kejayaan demi kejayaan.
Sejarah McD0nalds
Penubuhan awal restoran McDonalds
Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald, yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955.
Pada tahun 1940, Dick dan Mac ke San Bernardino, California di mana mereka membuka sebuah restoran McDonald's di Route 66 pada 15 Mei. Sebagaimana yang biasa pada masa itu, mereka menggajikan lebih kurang 20 pelayan. Menu mereka mengandungi 25 jenis makanan, kebanyakannya daging barbeku. Hamburger McDonald's yang pertama berharga AS$0.15.Restoran itu menjadi suatu tempat yang amat popular dengan remaja-remaja dan juga amat menguntungkan.
“If I had a brick for every time I’ve repeated the phrase Quality, Service, Cleanliness and Value, I think I’d probably be able to bridge the Atlantic Ocean with them.” — by Ray Kroc
Subscribe to:
Posts (Atom)